1. Blog Platform. Paling mudah adalah dengan menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com.
Tetapi memandangkan ianya percuma sudah tentulah ada hadny. Ianya
membataskan anda untuk mengubahsuai rekabentuk blog anda. Anda juga
boleh menyewa hosting dan memasang perisian blog yang boleh dimuatturun
secara percuma.
2. Nama / Tajuk.
Apakah nama yang sesuai untuk blog anda? Fikirkanlah. Nama akan
menentukan posisi blog anda, adakah ianya mampu menarik pembaca atau
sebaliknya. Jika anda membina blog untuk perniagaan, pastikan nama blog
bersesuai dengan produk atau nama syarikat anda.
3. Rekaan dan susunatur.
Sesuatu yang cantik pasti akan menarik orang ramai untuk memandangnya.
Apakah warna yang anda gunakan sesuai? atau menyakitkan mata? anda
sendiri tentukannya. Mintalah pendapat kawan-kawan untuk menilai
rekabentuk dan susunatur blog anda? lagi banyak komen yang membina lagi
banyaklah idea untuk anda. Satu cara lagi ialah dengan melawat blog-blog
lain untuk mendapatkan idea.
4. Plugin / widgets. Widgets
adalah merupakan add-on atau tambahan yang boleh dimuatkan di dalam blog
anda. Cuba semak platform yang anda gunakan dan cari widget yang
bersesuaian untuk ditambah ke dalam blog anda
5. Komen.
pastikan komen anda di'moderate' supaya anda dapat memantau apa yang
dikatakan sebagai 'comment spam'. Cuba jawab komen-komen yang diberikan
dengan positif
6. Kandungan Blog.
Apakah isi kandungan blog anda? Cuba postkan kandungan yang relevan
dengan 'target market' anda. Cuba bantu sesiapa yang memerlukan bantuan
anda dengan menulis jawapan anda sama ada dalam komen atau bina satu
tajuk perbincangan yang baru.
7. Kekerapan. Berapa kerap anda
menulis dalam blog anda? Selalu, kadang-kadang, atau jarang-jarang..
seperti kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..Kata orang, blog
seperti sebuah taman, perlu disiram selalu, tetapi kalau terlampau
banyak disiram boleh menyebabkan pokok menerima air yang berlebihan dan
seterusnya mati. Jangan membazir air.. Kalau 2-3 bulan baru nak siram
sekali, pokok akan mengalami kekurangan air. Jadi hendaklah
berpada-pada. Jangan sampai kehabisan idea untuk menulis blog anda
8. Trafik.
Sebagaimana laman web lain, trafik adalah sangat diperlukan. Semakin
banyak trafik, semakin bagus kepada anda. Berbagai cara boleh digunakan
untuk menarik trafik ke blog anda seperti yang pernah saya perkatakan
sebelum ini.
9. Statistik.
Statistik diperlukan untuk mengukur prestasi blog anda. Ada sesetengah
sistem blog telah mempunyai widget statistik. Bagi yang tiada bagaimana
pula? Jangan susah hati, anda boleh menggunakan perkhidmatan statistik
seperti StatCounter.
Perhatikan statistik anda selalu bagi melihat pergerakan trafik blog
anda. Apa yang dicari oleh pengguna? Dari mana mereka datang?
10. Jangan berputus asa.
Penulisan blog bagi tujuan selain daripada personal, anda hendaklah
tidak berputus asa jika keinginan untuk melihat blog anda berjaya tidak
kesampaian. ianya memerlukan masa yang lama untuk berjaya. Ini bukan
Skim Cepat Kaya. Usaha dan bertawakallah
No comments:
Post a Comment